LOYALTY POINT DI ONEXOX


APA ITU LYT (LOYALTY POINT) DI ONEXOX
Loyalty point untuk menghargai kesetiaan pengguna. Boleh di gunakan dengan menebus SMS. Kiraannya adalah dengan setiap kali pengguna top up. Setiap RM1= 1 point dan untuk 10 point = 1 SMS percuma (ke sama rangkaian). Pengguna boleh semak samada menggunakan SMS atau di portal Selfcare Xox. (SMS : BAL hantar ke 22111). Untuk menebus pengguna boleh melalui Portal Selfcare XOX atau SMS. (SMS :  LYT RED SMS <jumlah> hantar ke 22111).
  

Bagaimanakah caranya untuk saya menebus SMS percuma daripada 'Loyalty Point'?
Top up yang anda buat akan menjana loyalty point. Setiap ringgit bersamaan 1 point, setiap 10 point yang telah anda kumpulkan boleh ditebus dengan 1 SMS percuma.

Cara menebus SMS percuma:
a.   SMS ke 22111- LYT<jarak>RED<jarak>SMS<jarak>      
      <bilangan SMS yang ingin ditebus>
      Contoh: LYT RED SMS 12

b.   Melalui SELF CARE
         1. Login
       2. Klik Loyalty Point
       3. Klik Redeem Points

Apa Maksud KPI Kepada ONEXOX

KPI adalah singkatan dari Key Performance Index.

KPI ini adalah syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat kepada sesiapa yang ingin menjadi Area Dealer, Dealer dan Subdealer kepada Prepaid Onexox.

Kita kena buat kerja dulu baru la dapat "GAJI" sesuai la dengan syarikat onexox adalah syarikat pertama yang mendapat sijil Shari'ah dalam pembekal rangkian telco di malaysia

JOM KITA LIHAT APA KPI YANG WAJIB DI PENUHI OLEH SEORANG DEALER UNTUK MENDAPAT INSENTIF DARI ONEXOX.

  1. Merah - Tempoh masa KPI perlu dicapai
  2. Biru - Pendaftaran User (Perlu Mendaftar User Seramai 100 org dalam masa 6 Bulan)
  3. Hijau - Jualan Topup (Perlu Menjual Topup Sebanyak RM500 dalam masa 6 Bulan)
Capai salah satu BIRU atau HIJAU maksudnya capai lah KPI.

CARA MEMBELI SEASON PASS PREPAID ONEXOX

Terdapat empat (4) cara untuk melanggan Season Pass:

1- Anda boleh membeli langganan melalui SMS dan akan dicaj menggunakan kredit masa berbual semasa. (Pelanggan XOX Prepaid: hantar ke 23388; pelanggan ONEXOX: hantar ke 22111 / 23388)

2- Dengan melayari http://onlinestore.xox.com.my/ dan boleh membuat pembelian melalui kad kredit atau perbankan internet.

3- Anda boleh melanggan melalui Menu USSD (*150#) dimana anda akan dicaj melalui kredit masa panggilan semasa. 

4- Anda juga boleh melanggan melalui aplikasi MyXOX.
NOTA: 
Untuk pelanggan ONEXOX, pembelian pakej Season Pass akan ditolak menggunakan kredit masa berbual di akaun MA terdahulu dan diikuti akaun DA.

Terdapat 3 kategori pakej Season Pass:
Pakej Masa Berbual 
Pakej Data (GB)
Pakej Kombo (Data, Masa Berbual & SMS)




Pakej Masa Berbual:
SP V1
999 minit
Percuma 50 SMS

Pakej Data
SP D1
20 GB

SP D2
30 GB

SP D3
50 GB

Pakej Kombo:
SP C1
10 GB
333 minit masa berbual

SP C2
20 GB
333 minit masa berbual


OK DAH BELI SEASON PASS SEKARANG KITA LANGGAN INTERNET YANG KITA BELI TADI.


























Langgan season pass.... nk guna caranya dail :

1. *150# tekan call pastu taip 3. internet, pastu taip 2 standart pakej, pastu pilih pakej yang anda nak.(abaikan harga yang tertera tu).

Kod langganan data..
1XD250 utk 250mb/7hari
1XD500 utk 500mb/30hari
1XD1 utk 1gb/30hari
1XD2 utk 2gb/30hari
1XD3 utk 3gb/30hari
1XD5 utk 5gb/30hari

2. Kalau amik season pass 2Gb jgn la langgan 2GB terus... amik 1GB je dlu dh habis langgan lagi yang baki 1GB tu..

3. kalau langgan terus 2GB kot rugi kalau koata yang kita langgan tak habis dalam masa sebulan..

#GunalahSecaraBerhemat

APA ITU SEASON PASS PREPAID ONEXOX



1.       Siapakah yang boleh melanggan Season Pass?   
Semua pelanggan XOX Mobile ((#prepaidplus, High Speed Pack, Penang #1758, United Pack, XOX XinXun plan dan ONEXOX plan*) boleh menikmati keistimewaan Season Pass.


2.       Bagaimanakah cara untuk saya melanggan Season Pass?
Terdapat empat (4) cara untuk melanggan Season Pass:

A- Anda boleh membeli langganan melalui SMS dan akan dicaj menggunakan kredit masa berbual semasa. (Pelanggan XOX Prepaid: hantar ke 23388; pelanggan ONEXOX: hantar ke 22111 / 23388)

B- Dengan melayari http://onlinestore.xox.com.my/ dan boleh membuat pembelian melalui kad kredit atau perbankan internet.

C- Anda boleh melanggan melalui Menu USSD (*139*4#) dimana anda akan dicaj melalui kredit masa panggilan semasa. (Belum disediakan untuk pelanggan ONEXOX)

D- Anda juga boleh melanggan melalui aplikasi MyXOX.
NOTA: 
Untuk pelanggan ONEXOX, pembelian pakej Season Pass akan ditolak menggunakan kredit masa berbual di akaun MA terdahulu dan diikuti akaun DA.


3.       Apakah pelan Season Pass yang ditawarkan?

Terdapat 3 kategori pakej Season Pass:
Pakej Masa Berbual 
Pakej Data (GB)
Pakej Kombo (Data, Masa Berbual & SMS)

 

Pakej Masa Berbual:
SP V1
350 minit
Percuma 50 SMS

SP V2
700 minit
Percuma 100 SMS

SP V3
1,400 minit
Percuma 150 SMS

Pakej Data
SP D1
8 GB
Percuma 50 minit masa berbual

SP D2
13 GB
Percuma 100 minit masa berbual

SP D3
18 GB
Percuma 150 minit masa berbual

Pakej Kombo:
SP C1
5 GB
350 minit masa berbual
50 SMS

SP C2
10 GB
700 minit masa berbual
100 SMS

SP C3
15 GB
1,400 minit masa berbual
150 SMS


4.       Berapa ramaikah rakan dan keluarga yang boleh berkongsi kredit masa berbual, data dan SMS dengan saya?

Tiada had.  Dengan syarat rakan dan keluarga anda adalah pelanggan XOX Prepaid, anda boleh berkongsi tanpa sebarang had atau halangan. RM 0.50 akan dikenakan pada PENGHANTARuntuk setiap perkongsian yang berjaya.
Penghantaran berganda DIBENARKAN dengan satu SMS dan hanya dicaj RM 0.50 untuk setiap perkongsian yang berjaya. Sebagai contoh: Share 0103333010 D1 V50 S100 1234 (untuk berkongsi 1GB / 50 Minit / 100 SMS)
NOTA:
Untuk pelanggan ONEXOX, setiap perkongsian Season Pass akan dicaj RM 0.50 dan akan ditolak dari kredit masa berbual akaun MA dan diikuti akaun DA.


5.       Apakah had maksimum perkongsian?  

Masa berbual: Tanpa Had
SMS: Tanpa Had
Data: 10GB


6.        Berapa lamakah tempoh sah?

Tempoh sah adalah tertakluk kepada langganan pra bayar semasa.


7.        Setelah saya membeli minit masa berbual dan SMS, bilakah tempoh penggunaan bermula?

Tempoh penggunaan bermula serta merta selepas panggilan atau selepas menghantar SMS (TEMPATAN SAHAJA).
NOTA:
Untuk panggilan telefon ke semua rangkaian bebas tol Malaysia (1300 atau 1800) kredit masa berbual akan ditolak, bukan minit Season Pass.
Panggilan IDD jugak akan ditolak seperti penggunaan normal.
Untuk penghantaran SMS ke rangkaian SMS kod pendek (sebagai contoh, 66300) normal caj akan dikenakan.


8.       Apakah caj blok bagi minit masa berbual bagi Season Pass?

Caj blok bagi Season Pass adalah 60 saat.


9.       Setelah saya melanggan data, bilakah tempoh penggunaan bermula?

Tempoh penggunaan akan bermula selepas penggunaan data seterusnya. Sebagai contoh, apabila anda melanggan Pakej Data SP D1 (5GB) ia akan disimpan di dalam akaun XOX anda dan hanya akan ditolak sekiranya anda mula mengaktifkan data baru (mengikut langganan harian, mingguan atau bulanan).
 *Pelanggan XOX Prepaid (#prepaidplus, High Speed Pack, Penang #1758, United Pack, XOX XinXun plan) harus mengikut arahan langganan data semasa sebagai contoh, DATA M500MB. Pelanggan ONEXOX harus mengikut arahan langganan yang ditetapkan sebagai contoh 1XD500.
NOTA:  Promosi pakej data semasa tidak dibenarkan menggunakan Season Pass.  Selepas anda mengaktifkan Data Promo, kredit masa berbual anda akan ditolak seperti biasa.

10.     Bolehkah saya terus menggunakan Season Pass sekiranya akaun pra bayar saya telah disekat?

Anda tidak boleh menggunakan Season Pass sekiranya akaun anda disekat (sama ada minit masa berbual, SMS mahupun data).
NOTA:  Sekiranya pelan data anda berterusan, anda masih lagi boleh menggunakan kuota data berkenaan walaupun akaun pra bayar anda telah disekat.



11.       Bagaimana cara untuk menyemak baki Season Pass?
            1. Melalui Menu USSD
                Pelanggan XOX Prepaid : Menu USSD (*132#  atau *139*1#)
                Pelanggan ONEXOX : Menu USSD (*150*4#)

            2. Melalui SMS      
                Pelanggan XOX Prepaid : Hantar BAL / SP BAL ke 23388
                Pelanggan ONEXOX : Hantar SP BAL ke 22111 / 23388

            3. Melalui MyXOX app
                Log masuk / Daftar masuk > My Account > Account / Profile


12.      Bagaimana cara untuk mendapatkan kod PIN saya sekiranya saya terlupa?
            Pelanggan XOX Prepaid : Hantar PIN ke 23388
            Pelanggan ONEXOX : Hantar PIN ke 22111 / 23388


13.      Bagaimana cara untuk saya dapatkan panduan pengguna sekiranya saya perlukan bantuan mengenai Season Pass?

Sila hantar HELP ke 22111 / 23388 (Boleh digunakan oleh pelanggan XOX Prepaid & ONEXOX)

KELEBIHAN MENJADI DEALER PREPAID ONEXOX


KELEBIHAN DEALER ONEXOX

Modal Permulaan Yang Rendah 
Modal permulaan yang amat rendah.Hanya RM90 sahaja anda sudah layak untuk memohon menjadi SubDealer ONEXOX. 

Untung Jualan Sim
Sebagai pengedar anda akan dapat keuntungan runcit setiap kali anda menjual simkad.

Untung Jualan Topup
Selain jualan sim, setiap pengedat diberi akses kepada jualan topup ONEXOX. Anda akan dapat akaun eReload dan boleh menjual topup dengan keuntungan 5%.


Pasif Income 10%
Setiap jualan topup kepada pelanggan yang berdaftar dengan anda, anda akan akan dapat 10% dari jumlah topup mereka setiap bulan. 




Bonus Extra
Setiap lantikan subdealer baru didalam rangkaian anda akan diberikan insentif oneoff dan juga insentif berterusan. Best! 

Usahawan Telco Sebenar
Dengan ONEXOX, anda boleh jadikan platform perniagaan telco sebenar, akses kepada jualan topup telco lain pun diberikan insentif menarik. 

Repeat Sales
Mempunyai potensi yang tinggi ke atas repeat sales dan kesetiaan pelanggan yang berpanjangan. 

Patuh Syariah
Sedaya upaya mematuhi tuntutan syariah. Tiada unsur penipuan,tersembunyi dan mengelirukan dalam perkhidmatan.




    Apa Yang Saya Dapat Bila Jadi Pengedar Onexox?



10 KELEBIHAN PREPAID ONEXOX


Sebelum kita baca 10 KELEBIHAN ONEXOX jom kita baca kenal dulu tentang syarikat ONEXOX. Seperti kata-kata pepatah melayu kalau tak kenal maka tak cinta.


Setiap telco yang ada di Malaysia ada kelebihan masing-masing tetapi apa yang ada pada ONEXOX tidak dapat tandingi dari segi kelebihannya. Apakah kelebihannya, jom mari lihat 10 senarai yang berada di bawah.


Kita semua sudah sedia maklum bahawa simkad ONEXOX sudah semakin dikenali ramai. Ramai yang dah mula bertukar dari telco X ke telco ONEXOX. Bukan setakat terkenal dengan "Super Jimat" tetapi ada banyak kelebihannya yang ramai masih tidak mengetahuinya.

1. Simkad Yang Murah

Hanya RM10 untuk memiliki simkad ONEXOX dan tersedia baki kredit RM5. Ia murah untuk dibeli oleh sesiapa saja.


2. Panggilan Serendah 5 Sen

Short-Call untuk 10 saat pertama cuma dan hanya 5 sen ke semua rangkaian. Panggilan yang teramat murah, kelebihan yang tiada tandingannya.


3. Pelan Flexi 2 Dalam 1 

Setiap kali topup, baki kredit akan dibahagikan ke dalam 2 akaun berbeza iaitu DA dan MA. Untuk kelebihan penjimatan call/sms dan juga data internet.


4. Family & Rakan Ke Semua Telco

Sebanyak 10 nombor pilihan anda apa jua rangkaian telco termasuk talian tetap boleh didaftarkan dalam family dan friends untuk kadar penjimatan.


5. Internet Berkelajuan Tinggi

Tiada catuan dalam kelajuan internet data dan langganan sebulan hanya RM5 sahaja untuk 1GB.




6. Percuma 1800 SMS

Setelah anda aktifkan talian ONEXOX, anda akan diberikan sms sebanyak 1800, yakni 150 sms selama 12 bulan secara percuma untuk dalam talian.


7. Tempoh Sah Selama 28 Bulan (MNP)

Khas buat mereka yang kekalkan nombor lama dengan dibekalkan simkad MNP. Anda diberi tempoh sebulan untuk top-up RM50 dalam masa sebulan supaya nombor telefon lama anda dapat didaftarkan


8. Tempoh Sah Dikira Terkumpul

Walaupun anda dalam tempoh sah dan jika buat pembelian topup, maka tempoh sah akan ditambah dari tarikh akhir tempoh sah.


9. Kenalkan Kepada Rakan Dapat 6% Pasif

Walaupun anda sebagai pengguna, jika anda perkenalkan kepada family & rakan, anda akan dapat dapat 6% dari jumlah topup mereka setiap bulan.


10. Peluang Kerjaya Sebagai Dealer


Anda boleh memohon untuk menjadi dealer dan mula menjana pendapatan tanpa had. Pelbagai inisiatif dan dengan keuntungan dengan margin yang besar tanpa perlu keluar modal yang besar. Jom baca kelebihan menjadi Delaer disini.

TIPS JIMATKAN DATA INTERNET

Dalam tidak sedar, apabila internet data ONEXOX tiada limit speed, maka sebagai pengguna akan suka gunakan untuk melayari internet mahupun sosial media.

Bila bukak FB dan Youtube laju jer, maka kita akan layan video dan video lagi. Tanpa disedari kuota data pun berjalan.

jadi, sebagai pengguna kita perlu bijak untuk pastikan kita dapat apa yang kita bayar.

Kita bayar RM29.99 untuk 1.5GB maka seharusnya kita dapat akses 1.5GB kuota pada FULL SPEED! Inilah kelebihan data ONEXOX.

Tiada pencatuan speed. Namun, apa yang penting kita setting smartphone kita agar tiada pembaziran data seperti autodownload dan auto update.

Sila ikut panduan dibawah:



TIPS PENGUNA ONEXOX


Seperti yang sudah sedia maklum,promosi 3gb RM30 ini hanya untuk pengguna Onexox yang baru sahaja (walaupun pernah ditawarkan kepada semua pengguna lama untuk jangkamasa yang terhad) dari 1 Disember 2016 sehingga 28 Febuari 2017.

Tetapi,anda sebagai pengguna lama masih ada lagi peluang untuk mendapatkan 3gb RM30 ini,caranya :
Cari kawan2/saudara mara yang guna henfon untuk panggilan sahaja & tidak memerlukan data. Cadangkan supaya mereka menggunakan simkad Onexox & hanya perlu membayar RM10 sahaja untuk harga simkad (sama ada nombor baru atau kekal nombor lama),RM30 nanti anda yang akan top upkan,dengan cara ini,user tidak perlu top up RM10 untuk dapatkan 28 bulan tempoh sah kredit,kerana RM30 yang anda top upkan tadi sudah mencukupi sebagai syarat untuk 28 bulan tempoh sah kredit.

Ok,seterusnya dengan RM30 ini tadi,belilah 3gb menggunakan nombor user tersebut & pindahkan data tersebut ke nombor Onexox anda(penghantar akan dikenakan bayaran 50sen).

Selain itu,anda sebagai pencadang juga layak untuk menerima komisyen 6% dari RM30 yang anda top upkan tadi.

Win-Win situation kata org putih.

PENILAIAN KEPATUHAN SHARI'AH SIMKAD PREPAID ONEXOX


1. Harga kad SIM dan tambah nilai:
Harga jualan kad SIM daripada pengedar kepada pengguna adalah RM10.
Harga jualan tambah nilai adalah berdasarkan kepada nilai muka.

Penilaian Shari'ah:
Akad ini adalah jual beli musawamah/mutlak diantara onexox selaku penjual dan pengedar selaku pembeli.
Ianya merupakan akad dimana penjual tidak menyebut harga pokok dan keuntungan yang diperolehinya.
Akad ini dan juga keuntungan runcit jualan yang diperolehi adalah sah disisi syara’.


2. Pembelian 'validity' atau pemanjangan tempoh sah:
Pengguna boleh membeli pemanjangan tempoh sah 6 bulan pada harga RM18.
Pengguna boleh membeli pemanjangan tempoh sah 12 bulan pada harga RM25.

Penilaian Shari'ah:
Akad kepada jual beli ini ialah berasaskan sewaan ( إِجَارَة ).
Pengguna membeli dan memiliki nombor, maka nombor tersebut telah menjadi hak pengguna.
Untuk menjadikan nombor pengguna tersebut aktif dan berfungsi, mereka perlu menyewa fungsi 'validity' iaitu tempoh sah yang dihasilkan oleh sistem yang dimiliki oleh syarikat One XOX.
Subjek ataupun barang sewaan ( المَعقُود عَلَيْهِ ) dalam hal ini adalah 'validity' iaitu tempoh sah kepada talian yang dihasilkan oleh sistem yang dimiliki oleh syarikat One XOX.
Tidak timbul isu tempoh sah bertindan kerana, tempoh hayat baru akan dikira selepas tamat tempoh sah yang sebelumnya.
Akad ini adalah sah disisi Syara’.


3. Caj pindahan kredit:
Caj yang dikenakan sekali sahaja untuk setiap pindahan kredit.
RM0.25 akan dicaj daripada penghantar, manakala RM0.25 lagi akan dicaj daripada penerima. Jumlah itu akan ditolak dari nilai sedia ada yang dimiliki oleh penghantar dan penerima.

Penilaian Shari'ah:
Caj ini adalah kos pengurusan untuk sistem berdasarkan konsep upah ( اُجْرَةْ ) atas servis yang diberikan oleh syarikat.
Caj ini juga telah dimaklumkan kepada pengguna di laman web syarikat.
Kedua-dua pihak yang melakukan penghantaran dan penerimaan telah sepatutnya tahu berkenaan caj yang dikenakan, maka sebarang pindahan yang dilakukan bererti persetujuan semua pihak terlibat dengan kos yang dikenakan.


4. Pelan Data (Internet):
Pelan data yang ditawarkan kepada pelanggan adalah kuota data berserta dengan tempoh masa. Ini berdasarkan pada terma 'mana yang sampai dahulu'.
Sebagai contoh, pelan data 500MB untuk tempoh 30 hari:
Ini bermaksud, jika tempoh langganan sudah mencapai 30 hari walaupun kuota data masih berbaki, langganan pelan tersebut dikira tamat. Baki data tidak akan di bawa ke depan.
Situasi lain, jika pengguna telah menghabiskan kuota data tersebut dalam tempoh 6 hari walaupun masih berbaki 24 hari, maka langganan pelan tersebut dikira tamat.

Penilaian Shari'ah:
Tiada isu ketidakjelasan ( الغَرَرْ ) dalam hal ini kerana ia telah dimaklumkan kepada pengguna di laman web syarikat.
Subjek ataupun barang pembelian ( المَعْقُوْد عَلَيْه ) ialah pakej yang terkandung dalamnya data internet beserta dengan tempoh masa; ia adalah ibarat pembelian suatu makanan yang mempunyai tarikh luput.
Ianya bukan pembelian secara berasingan.


5. Insentif 'User-Get-User':
Pembelian kad SIM berharga RM10 sebagai pengguna sudah melayakkan pengguna menikmati skim insentif ini.
Pengguna hanya perlu mengesyorkan ONEXOX kepada seberapa ramai kenalan tanpa had.
Pengguna layak mendapat insentif 6% daripada jumlah tambah nilai yang dibuat oleh kenalan yang disyorkan.
Tiada yuran, tiada caj tambahan dan tiada komitmen yang dikenakan.

Penilaian Shari'ah:
Insentif yang diberi kepada pengguna adalah upah ( اُجْرَةْ ) keatas usaha mempromosi ONEXOX.
Tiada bebanan kepada pengguna.


6. Pembelian 'Season Pass':
Jualan 'Season Pass' merangkumi pakej seperti panggilan, khidmat SMS dan data internet.

Penilaian Shari'ah:
Pembelian data adalah secara pakej atau borong (bundle).

Akad adalah jual beli mutlak dan ianya adalah harus.

SETTING UNTUK JIMATKAN DATA INTERNET

Setting Data iPhone Cepat Habis

1. Buka data internet untuk aplikasi yang kerap digunakan sahaja. 
Caranya: 
>Setting 
>Selular 
>Pergi Ke Use Data Selular For
>Matikan saja aplikasi yg tarik kouta banyak dan jarang digunakan.

2. Matikan muat turun aplikasi automatik untuk data internet. 
Caranya: 
>Setting 
>iTunes & App Store 
>Matikan Use Data Selular

3. Matikan juga Refresh Data untuk aplikasi. 
Caranya: 
>Setting 
>General 
>Refresh Apps Background 
>Disable Refresh Apps Background.

4. Wajib: Matikan Push Notification di Mail. 
Caranya: 
>Setting 
>Mail, 
>Contacts, 
>Calendar 
>Take New Data 
>Matikan Push.

5. Matikan juga dalam aplikasi yang menggunakan muat turun automatik di WhatsApp. 
Caranya: 
>Apps Whatsapp 
>Setting 
>Sembang & Panggilan 
>Muat Turun Automatik Media 
>Tukarkan Imej Audio dan Video kepada WiFi sahaja.

6. Facebook pun perlu matikan streaming video automatik.
Caranya: 
>Buka Facebook 
>pergi ke 3 line di kanan 
>Tetapan 
>Tetapan Akaun 
>Video dan Foto 
>Matikan semua muat naik HD pada video dan foto 
>klik auto main 
>pilih “Jangan Mainkan Video Secara Automatik”

7. Jika anda menggunakan YouTube dari data, lupakan saja.. 
>Cari saja kedai mamak yg sediakan wifi.. Pastu bufferinglah sampai habis bateri.

8. Untuk pengguna iOS9, anda wajib menutup Wi-Fi Assist.
Caranya: 
>Setting 
>Cellular 
>Skrol sampai jumpa Wi-Fi Assist 
>Turn Off jika terbuka.

Matikan juga FaceTime.
Caranya: 
>Setting 
>Facetime 
>Matikan jika terbuka.

9. Matikan iCloud Drive di Setting. 
Caranya: 
>Setting 
>iCloud 
>iCloud Drive 
>Matikan jika terbuka.


EMPAT Apps yg perlu diubah settings:-

☆ FB setting:
1- buka FB
2- pilih app settings
3- pilih video auto-play
4- pilih off/wifi only

☆ Telegram setting:
1- buka telegram klik bhgn ats sebelah kiri
2- pilih "setting"
3- pilih "when using mobile data"
4- hilangkn semua tanda "tick" dlm kotak

☆ Whatsapp setting:
1- buka apps whatsapp
2- pilih "setting"
3- pilih "chat settings"
4- pilih "media auto-download"
5- pilih "when using mobile data"
6- hilangkn smua tanda "tick" dalam kotak

☆ Play store settings:
1- buka play store
2- pilih "setting"
3- pilih "auto-update apps"

4- pilih "auto-update apps over wifi only"

SELESAIKAN MASALAH KREDIT SELALU HILANG

Hai semua, saya nak buka satu kisah yang sangat-sangat sedih berkaitan telefon yang har-hari teman kita kemana sahaja tu.

Nak tanya la, pernah tak jadi setiap kali anda topup kredit telefon anda akan ghaib atau HILANG tanpa dikesan???

Ok apa yang saya nak cerita ni adalah kisah benar yang mane pelanggan kami asik hilang kredit bila dia topup. Sedih tak kalau baru topup dalam masa 10 minti kredit dah hilang RM3. Dan yang paling sedih setiap kali topup mesti ada je kredit ghaib.


PREPAID ONEXOX PREPAID JIMAT

Ok sekarang jika anda nak elak dari perkara diatas berlaku jom kita baca dulu apa kelebihan-kelebihan yang ada dengan simkad PREPAID ONEXOX. 

CARA UNTUK SEMAK BAKI KREDIT ONEXOX

As salam dan salam sejahtera.

Sudah tahu cara untuk semak baki kredit onexox??? mesti masih ramai pengguna baru simkad onexox masih tidak tahu untuk menyemak baki kredit simkad. Ok sebenarnya Anda boleh menyemak baki kredit ONEXOX dengan 3 cara:


1. USSD: Dail  *132# 

2. SMS: Taip BAL dan hantar ke 22111

3. USSD:
Dail *150# Pilih 1 Untuk Semak Baki.


Easy Menu *150# memudahkan lagi penggunaan simkad ONEXOX untuk :
  • Semak baki
  • Tambah Nilai / Topup
  • Langgan Internet
  • Tetapan Friend & Family (FnF)
  • Pindah Kredit

USER GET USER (UGU)

Daftar sebagai pengguna Simkad Onexox  anda auto boleh menjana pendapatan sampingan sepertimanan Terma & Syarat seperti dibawah:

1. Program ini terbuka kepada pelanggan-pelanggan ONEXOX sahaja.

2. Setiap pelanggan layak untuk mengesyorkan perkhidmatan ONEXOX kepada seberapa ramai kenalan tanpa had.

3. Bermula April 2015, pelanggan layak mendapat 6% ganjaran daripada tambah nilai yang dibuat oleh kenalan.

4. Tiada yuran atau caj tambahan yang dikenakan.

5. Pelanggan hanya perlu membawa kenalan bersama-sama dokumen pengenalan kepada mana-mana PENGEDAR ONEXOX yang sah untuk mendaftar langganan.


6. Pelanggan yang mengesyorkan mesti memastikan nombor telefonnya dimasukkan bersama ketika pengedar mendaftarkan langganan kenalannya.

7. Tertakluk kepada mekanisme ganjaran.


Mekanisme Ganjaran:

1. 6% ganjaran keatas jumlah tambah nilai yang dibuat oleh kenalan melalui Pengedar 
Sah ONEXOX atau mana-mana rangkaian pusat jualan tambah nilai yang diiktiraf oleh
One XOX Sdn. Bhd. sahaja.









2. Ganjaran terkumpul pada bulan semasa akan dilunaskan pada bulan berikutnya diantara 
16-20 haribulan (hari bekerja).

3. Jumlah ganjaran dibawah RM50 akan dilunaskan dalam bentuk tambah nilai sahaja.

4. Jumlah ganjaran RM50 dan keatas akan dilunaskan dalam bentuk tunai ke akaun bank terpilih.  

5. Caj perbankan RM3 dikenakan bagi setiap transaksi bayaran insentif tunai.

6. Maklumat perbankan mesti dikemaskini melalui daftar dan login ke portal Sahabat ONEXOX.
Langkah-langkah: 'Account Manager' -> 'View Profile' -> Isi ruangan ‘Maklumat Perbankan’ -> 
klik ‘Kemaskini’